Friday 28 October 2011

Felda Residence Hot Spring

Felda Residence Hot Spring
35600 Sungkai, Perak
Tel No : 05 -4388801

Di 'entry' yang pertama ini, kita berkunjung ke Felda Residence Hot Spring, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Jauh perjalanan dari KL lebih kurang 2 jam. Kawasannya agak terpencil nun jauh di kawasan penanaman kelapa sawit Felda Sg. Klah
 



Ini bangunan yg menempatkan bilik-bilik deluxe. Ada 64 bilik semua sekali. Harga penginapan kalau hari biasa RM170, kalau hari Jumaat, Sabtu dan Ahad RM220 dan RM270 kalau cuti umum dan cuti sekolah akhir tahun (harga ni valid till 31 Dec. 2011). Harga penginapan termasuk 2 buffet breakfast dan entrance fees untuk 2 orang dewasa ke kolam hot springs. Ada juga penginapan mewah berupa villa (1 ke 3 bilik) siap ada own jacuzzi lagi tapi tak sempat nak snap gambar2 villa tu pulak.



Ini bilik deluxe yg we all duduk (not bad kan?)Bersih dan sangat spacious. Dalam bilik ni ada tea making facility, hairdryer, selected Astro channels, iron dgn ironing board sekali.
Okay gambar-gambar kat bawah ni sekitar kawasan hot springs....



Mountain Springs Pool

Kolam ni kolam air sejuk. Gambar kat atas tu untuk kolam orang dewasa yang gambar sebelah bawah ni untuk kanak2 dan ibu bapa....


Hot Springs Pool

Yang ni kolam air panas tapi dicadangkan kalau nak mandi kat kolam ni baik datang waktu pagi2...air tak rasa panas sangat (ala2 macam mandi guna water heater kat rumah) tapi kalau mandi waktu petang time matahari terik...memang air ni terasa panas....

Ni pulak tempat nak rendam2 kaki...kolam air panas gak...tapi air kat dalam kolam ni memang panas dalam 42 ke 52 darjah Celcius...rasa macam kaki kena rebus...


Tak lengkap kalau berkunjung ke kolam air panas kalau  tak cuba rebus telurkan ? Telu2 mentah ni boleh dibeli dari pihak hotel untuk RM2 (5 biji).
Bukan telur jer tapi kentang(gambar paling kiri) juga boleh kalau nak rebus tapi tak tahu lah berapa lama kentang tu nak empuk

Therapeutic walk

Ni sapa2 nak buat refleksologi, boleh lah jalan2 kat atas batu2 kecil ni siap ada air panas
lagi atas laluan ni

Family hot pool

Kolam air panas kalau nak berendam sesama kawan dan keluarga tapi nampak macam tak berapa bersih maklumlah semua orang pun boleh guna



Meranti Cafe

Lupa lak nak share pasal makan2 nie...yang ni masa buffet breakfast. Tapi food selections tak berapa banyak. Rasa masakan okay tapi lebih bagus kalau ada kepelbagaian.

Okay yang seterusnya gambar2 sekitar kawasan Felda Residence Hot Springs











My overall comment, okay if you nak stay for 1-day. Kawasan persekitaran, servis dan billik penginapan saya beri 3.5 bintang.

For the kids memang they will enjoy tapi selain  kolam-kolam air yang ada not much activities unless nak go for jungle trekking (harga tak dapat dipastikan) but saya recommend untuk datang menginap di sini if you all nak menenangkan fikiran jauh dari kesibukan kota dan bosses kat ofis.







No comments:

Post a Comment